Laut Cahaya
Tak sehelai daun
yang gugur, kecuali
dalam ilmu-Mu.
Tak setitik air
yang tumpah, kecuali
dengan izin-Mu.
Tak sedetik waktu
berlalu, kecuali
dengan kuasa-Mu.
Tak setitik hujan
yang turun, kecuali
dengan perintah-Mu.
Tak sepatah kata
terucap, kecuali
dengan kehendak-Mu.
Tak sepercik cahaya
di langit, kecuali
cahaya-Mu.
Aku larut
dalam laut cahaya-Mu!
Wan A. Rafar
Taman Adabi, Pasir Mas
8 Mei 2008.
(Tersiar dalam Dewan Sastera Ogos 2008)